Archive for February, 2009

“Ishk!!heningnya…..~”

"Allah ciptakan malam dan siang"
Salam,

Dalam sayup-sayup, saya kedengaran lagu “KEHENINGAN MALAM” di satu sudut ruang tamu itu, saya mula ditarik untuk mendekati komputer riba itu.Lagu ini bagi diri ini satu tarikan magnetik yang agak kuat untuk mehayati lagu ini sehingga habis.Suara kekawan housemates saya sediakala pada waktu begini (2.30 a.m) masih lagi kedengaran bersama-sama dalam bermain komputer game,namun pada malam ini?Saya merasai bahawa pada malam ini, adalah malam yang cukup berbeza….

“Firasat aku cukup bersungguh dalam menyingkap apakah sebenarnya membuat aku untuk meletakkan aku di sebuah dunia agak berbeza seperti selalu.Adakah aku berada di awangan yang aku sendiri tidak tahu mana dunia ini? Mengapa aku sendiri tidak saja turun ke bumi untuk berpijak di bumi nyata?

Aku cukup keliru dek kerna aku mula memikirkan suatu benda yang melangkaui fikiran dan realiti aku pada masa kini.Kini,aku dihimpit pelbagai masalah (sebenarnya bukan masalah,namun bebanan hidup), yang bagi aku, aku patut lebih matang untuk melangkah ke hadapan dalam meyelesaikan segala masalah ini.

Namun…
Aku belajar suatu benda baru yang tiada tandingannya bagi saya untuk mengaplikasikannya.Perjalanan pulang saya pada petang tadi tertumpu kepada seorang pak cik, kemungkinan seorang pemandu bas sekolah kerana pak cik itu berdiri di sebelah bas tersebut.

Pak cik itu memakai kopiah putih,dengan kemeja berkotak-kotak dan seluar slack hitam.Perhatian saya buka kerana kemejanya mahupun kopiah putihnya.Namun, saya melihat kepada pengorbanan pak cik tersebut di sebalik perbuatannya pada petang itu.Orang ramai dari pelbagai kaum memerhatikan pak cik itu setiap kali lalu di lorong itu.Pelik ker perbuatan pak cik itu? YA!! Di Malaysia bagi kita adalah pelik.Pak cik itu telah bersujud di jalan raya untuk menunaikan Sembahyang Zohor sedangkan enjin basnya masih tidak dimatikan gara-gara akan meneruskan kerjanya selepas tuntutan WAJIB tersebut.

Cerita ini bagi aku cukup simbolik sekali.Pak cik itu aku letakkan sebagai aku sendiri,dan aku perlu lebih berpandangan jauh untuk menempuh jalan pendek ini!!!Dan elemen paling penting dalam cerita itu adalah Jangan hiraukan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara yang kita kira adalah BENAR, biarpun bagi mata orang lain adalah salah….

Dan indicator dalam hidup kita adalah Quran dan Assunnah dalam membezakan sesuatu yang haq dan batil.

“Irfan!! Aku nak tido dah ni”
Panggilan Faris mengejutkan lamunan dan monolog saya sendiri pada malam ini.Saya terus menaip lamunan ini di dalam blog ini…..
Saya harap kamu semua mendapat sesuatu pengajaran dalam kamu semua meneruskan perjalan hidup ini.Ingatkan, jangan sangkakan jalan dihadapan selicin seperti mana kamu semua berjalan sekarang.

“Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas.”Surah Al-Isra (12)

Comments (2) »

“Letter 3 years ago”

Surat lama

Surat lama

,

Assalamualaikum

Pada bulan lepas, saya mengemas kini saya punya dompet untuk menukarkan ke dalam dompet baru.Lalu, perhatian saya mula teralih terhadap satu surat yang agak “familiar” bagi saya selama ini.Perasaan rindu terhadap saya punya kenangan selama tiga tahun di sekolah itu mula menyinggah di lubuk hati ini. Dek kerna itu, saya mula membuka dan membaca semula surat itu.Surat yang berbunyi seperti ini:

Bismillahirahmanirahim.
(Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W)

Ya akhi,adikku….
Irfan…

“Yang Lalu biarlah berlalu kerana masa akan sentiasa bergerak. Kita tidak sama sekali tidak akan dapat mengambil semula perkara yang lepas. Namun, kita hanya dapat merenung sahaja dan mengamatinya kembali……..

Dahulu bumi ini ada nabi yang bernyawa, tapi sekarang sudah tiada.Kita tidak dapat menghidupkan kembali Rasul kita, tapi kita dapat memperingati perjuangan Baginda dan mengamalkan apa yang Beliau ajar kepada kita….

Irfan….
Ingatlah sahabatmu dalam doamu kerana
~Sesungguhnya mukmin itu adalah bersaudara~

Dan ingatlah bahawa,kita pernah belajar Akidah, Syariat Hakiki, Ta’but (berhubung) dengan Tuhan dan Jihad kepada Jalan yang di Redhai oleh NYA….

Engkau, jangan tinggalkan ia,kerana itulah barang yang paling berharga di dunia ini..Inilah ilusi bagi mu, Wahai Irfan…….

Pokok inilah ibarat diri mu

Pokok inilah ibarat diri mu

Pokok ini dibaratkan kamu yang menuntut tiga dahan utama iaitu ILMU TASAWUF, ILMU TAUHID DAN ILMU FEKAH……

Carilah Allah dalam hidup mu, dan jangan sekali pun leka terus-terus-terus untuk berperang menentang nafsumu,halangan manusia, syaitan dan suasana yang menghalang dalam terus menegakkan agama ini di muka bumi ini……

Ingatlah peristiwa……………….
1) Qiamullail
2)Usrah
3)Bersama dalam belajar ilmu Allah..

Dan rangkumkanlah dirimu dalam Ingatan lautan Ketuhanan…Engkau pergi kemana jua,jangan tinggal ilmu agama.Mungkin IRFAN menjadi seorang yang berjayakelak….Jangan tinggal empat Prinsip Ilmu Agama Allah…

Bacalah…Bergurulah…sehingga faham seratus-peratus Apa itu kalimah “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH”…..

Hubungkan dirimu dengan Allah.Allah suka, nabi pun suka akan manusia begitu.

Akhir sekali,simpanlah risalah ini untuk dirimu.Jangan dibuang kerana terdapat nasihat yang akan digunakan sepanjang hidupmu…..Jangan melatah cepat bila dicaci manusia kerana kebenaran risalah Nabi yang kita teruskan perjuangan Baginda….”

Risalah ini adalah pemberian abang naqib usrah saya ketika saya ingin menaiki bas pada 21 Mac 2006 sebelum mendaftar di sekolah baru,Kolej Islam Sultan Alam Shah,Klang..
Semoga kamu semua mendapat iktibar daripada surat ini..
Waallahualam….
“Segala yang baik itu daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri”

Comments (6) »