Archive for March, 2009

Rosmah berbeza dengan yang lain!

Malaysiakini beberapa hari yang lalu melapurkan tentang perasaan isteri bakal PM, Najib Razak yang diberitakan merasa angat berdukacita dengan segala tuduhan dan tohmahan yang telah dilemparkan oleh rakyat, terutamanya datang dari pihak Pembangkang yang mengaitkan suami beliau DS Najib Razak dengan kematian ngeri seorang wanita Monggolia.

Kesihan Rosmah kerana terpaksa menerima segala tuduhan tersebut, hinggakan sentimen itu terbawa-bawa ke Parlimen, dan ada antara ahli Parlimen menuduh suami beliau sebagai “pembunuh”.Siapa lah yang akan terima dan sanggup mendengar tuduhan berat seperti itu.

Sekiranya saya di tempat Rosmah, adalah lebih baik tuduhan-tuduhan liar itu diselesaikan dimahkamah saja .Biarlah Hakim yang menentukan samada segala tuduhan itu benar atau sebaliknya. Bak kata orang tua-tua mulut tempayan boleh ditutup dengan nyiru,tetapi mulut manusia…tiada siapa yang tahu kemana sudahnya hendak di jaja cerita sedemikian rupa.

Rosmah masih beruntung kerana suami beliau hanyalah dituduh oleh pihak Pembangkang yang tidak punya kuasa sama sekali.Beliau , sebagai isteri bakal PM, masih punyai 1001 kelebihan lain dibandingkan wanita biasa yang ditimpa fitnah seperti itu. Rosmah mempunyai peluang terbuka untuk meluahkan perasaannya di mana-mana media yang beliau suka samada di suratkhabar, radio atau televisyen. Beliau juga punya banyak wang untuk mendapatkan khidmat peguam handalan untuk menyaman mana-mana pihak yang begitu celupar itu.

Cuba bandingkan derita Rosmah dengan kesedihan wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA , milik kerajaan Malaysia.Puan Hapipah berasal dari Sabah. Suami beliau telah ditahan dibawah ISA bulan Jun 2002. Beliau yang menghidap penyakit jantung lebih 4 tahun tidak bertemu suami kerana tidak mampu untuk datang ke Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Puan Norhata, juga berasal dari Sabah telah dipisahkan dari suaminya yang ditahan dibawah ISA sejak tahun 2006. Beliau terpaksa membesarkan 8 orang anak bersendirian sepanjang ketiadaan suaminya. Sejak hari pertama ditahan dibawah ISA, beliau tidak pernah langsung bertemu suaminya yang kni masih di kurung di Kem Kamunting.

Puan Jo, suaminya ditahan dibawah ISA pada tahun 2006. Beliau juga tidak pernah melawat suaminya di Kem Kamunting kerana tidak mempunyai wang untuk datang ke Taiping ,Perak.Pastinya wang lebih diutamakan untuk membiayai makan-minum lima orang anak-anak yang sedang membesar.Jika nak dibandingkan dengan Rosmah, nasib kami mangsa ISA adalah seperti langit dengan bumi.
Suami kami di tuduh dan dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli “pengganas Islam” dan disebarkan oleh semua media kerajaan. Kami tidak pernah diberi peluang dimana-mana akhbar, radio atau televisyen kerajaan untuk meluahkan rasa hati sebagai isteri tahanan ISA.Suami kami minta di bicarakan di hadapan hakim bersama bukti-bukti, namun hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak pernah mendakwa mereka di mana-mana mahkamah.
Semua peluang itu ditutup rapat oleh pihak berkuasa !!!

Dan yang lebih buruk polis cawangan khas (SB) terus-menerus digunakan untuk mengekori, dan memantau kehidupan kami. Sekiranya ada antara kami yang ingin menyuarakan bantahan terhadap penahanan tanpa bicara ini, mereka akan diugut oleh SB dengan mengunakan pelbagai cara dan saluran menyebabkan kami menghadapi tekanan emosi yang lebih dari biasa.Sebahagian besar dari kami tiada pekerjaan tetap, punya anak-anak yang ramai dan semuanya sedang membesar. Suami tidak tahu, bilakah tarikh akhir akan dilepaskan dari Kem Kamunting…. manakala orang ramai pula turut takut kerana SB sentiasa memantau anggota masyarakat yang ingin membantu mengurangkan kesusahan kami, mangsa ISA.
Bukankah semua ini, lebih dahsyat lagi kedukaannya jika nak dibandingkan dengan masaalah Rosmah yang sedikit itu. Siapakah yang berani untuk membela nasib kami??

Saya mendapat ilham berdasarkan http://lailagmi.blogspot.com

Advertisements

Comments (1) »

Malaikat “Eh,macam pernah dgr~”

Ustazah Norhayu membuka kitab lama,lalu mula membuka pengajaran hari itu dengan satu cerita diq tingkatan 1 Fustat:

Salman Al-FARISI–Seorang sahabah yang terkemuka — pernah pula berkata:
“Apabila seorang lelaki selalu memohon kepada Allah SWT di waktu senang, kemudian ia mengenali kesusahan itu,lalu memohon kepada Allah SWT,
MAKA berkatalah para malaikat “Suara ini sudah ku kenal,maka tolonglah akan orang yang empunya suara ini”
.Sebaliknya, jika suara nya tidak dikenal selama ini kecuali dimasa susah,malaikat akan pula berkata:
“Bahawa suaranya tidak pernah dikenali maka tak usahlah ditolong akan dia”

Sejak itu,saya mula terfikirkan bahawa sekiranya saya ingin memohon kepada Allah SWT,saya akan sentiasa memohon kepada NYA di waktu saya senang agar keadaan yang susah akan diringankan oleh pertolongan.

Namun,situasi sekarang telah jauh tersasar dari cerita diatas,saya perlu nasihatkan kepada diri saya dan kita semua,janganlah kita mencari ALLAH SWT kerana kita di “dunia” kesusahan semata-mata,bagaiman pula apabila di “dunia” senang?Ego,bongkak dengan nikmatnya?Renungkanlah……

Leave a comment »

PPSMI:Hisyam vs Rakyat?

Assalamualaikum…
Macam mana nak di jadikan cerita oleh ALLAH S.W.T , telah ditakdirkan oleh NYA, saya dipilih menjadi salah seorang daripada 10,000 orang yang menghadiri dalam demostrasi PPSMI,di depan Masjid Negara dengan perarakan ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada Agung….

Intersted nak tahu? Bacalah post saya kali ini…memang saya tidak nafikan bahawa post kali ini akan sedikit sebanyak berbaur politik, namun saya akan cuba untuk memihak kepada dua-dua belah pihak; kementerian dan rakyat.Dan pasti bahawa Kebenaran yang dipijak akan terus disuluh oleh lampu secara langsung mahupun secara tidak langsung…

Inilah yang mereka tuntut!

Inilah yang mereka tuntut!

“Hujan renyai-renyai menyaksikan perhimpunan beribu-ribu orang,nak dijadikan cerita bagaimana ayah saya meletakkan kereta berdekatan dengan Padang Merdeka,dan kami terpaksa berjalan kaki untuk ke Masjid Negara melalui bangunan Kekkwa itu.Dari perjalanan mula kami hinggalah kami tiba di masjid negara sudah kelihatan orang berbaju putih berarak ke situ.

semangat nya!!

semangat nya!!

Seri kandi?

Seri kandi?

tinggi menggapai bintang!!

tinggi menggapai bintang!!

Kemudian,apbila kami tiba di masjid negara,perarakan sudah berarak.Setahu saya bahawa “perjanjian” untuk mengadakan perhimpunan tidak termasuk dengan perarakan.”Biarlah aku berarak,pengalaman dan perjuangan la katakan”.Saya amat terkejut dengan bilangan yang hadir pada perhimpunan itu?Mungkin saya selaku generasi menengah pertama PPSMI ini perlu belajar untuk berfikir tentang kesan PPSMI ini terhadap rakan-rakan saya yang kurang bernasib baik tinggal di luar bandar menghadapi kesukaran dalam memahami apa yang dipelajari selama enam tahun sistem ini dijalankan.

ramai kan?dakwaan setengah akhbar memang tidak benar!

ramai kan?dakwaan setengah akhbar memang tidak benar!

betulker 5000?tak lah...lebih!

betulker 5000?tak lah...lebih!

hujan bukan penghalang!!!

hujan bukan penghalang!!!

ramai tak....

ramai tak....

Dalam perarakan tu,pelbagai ragam manusia saya lihat dan jumpa…Pelbagai laungan saya dengar,pelbagai gelagat saya gelakkan…namun semua itu hanya berpaksikan kepada satu matlamat untuk kebaikan anak-anak dan cucu-cucu mereka yang masih lagi belajar.Saya sempat mendengar dialog sepasang lelaki dan perempuan (adik-beradik kot)…

“Pe lah kerajaan tu,kononya nyer buat Pertandingan Pidato Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri,alasan sebab nak daulatkan bangsa kita..Tak sedar ker yang PPSMI ini dah jatuhkan bangsa kita…”Kata adik lelaki nya

“Yelah….!!!!Orang duk luar negara tu sibuk nak belajar bahasa kita,tapi bangsa sendiri yang cuba hancurkan bangsa kita!Sume orang bangga dengan bahasa sendiri,pelik plak Menteri-menteri kita yang pandai pula ni tak berfikiran panjang”Celah kakak tersebut dengan marah

Dialog ini akan kita huraikan dalam perbincangan post seterusnya…
Perarakan masih lagi diteruskan,sehingga apabila seorang UNIT AMAT MALAYSIA menjerit,“BERHENTI!!!!FRU ada dihadapan,jika kamu mara,habis kita….”
Kami memperlahankan pergerakan kerana agak mustahil untuk berhenti secara automatik dalam beribu-ribu orang itu…

Tetiba saya nampak satu roket asap bergerak jauh di depan nun sana dan terjatuh dihadapan khalayak ramai lalu asap keluar dengan pantas…ASAP PEMEDIH MATA!!!

mereka datang ada TUJUAN!!

mereka datang ada TUJUAN!!

pak cik,mak cik pun ada!

pak cik,mak cik pun ada!

inilah baju tema demostrasi,sowilah,saya tak ikut tema.ha

inilah baju tema demostrasi,sowilah,saya tak ikut tema.ha

sesetengah kereta memberikan sokongan dengan membunyikan "hon".

Saya pun kehadapan untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai gas pemedih api itu…saya amat interested mengenainya,kerana belum pernah melihatnya didepan mata.Lalu asap dari arah hadapan mula “berselerak” di kawasan itu,lalu membuat semua orang mula berpecah dan bersurai.Gas itu memang akan memberikan kesan yang amat pedih di mata,sehingga mata tidak akan boleh dibuka,mulut akan rasa seperti disumbat 1000 cili padi dan hidung tidak boleh bernafas.Cuba anda bayangkan bagaimana ramai pak cik2 dan mak cik2 menderita di atas kezaliman mereka.Ketika saya terkena asap durjana itu,saya hanya memikirkan bahawa saya akan M*TI kerana kepedihan di mata,kesukaran dalam bernafas, dan kesengsaraan dimulut.Saya gagahkan diri untuk membuka mata untuk lari ke arah yang tiada asap,sehingga saya memberhentikan kereta MERCEDES yang ada logo KERABAT NEGERI SELANGOR,untuk melintas ke satu arah yang saya kira selamat.Saya tidak kira siapa mereka,yang penting saya selamat.

Pak cik memperjuangkan untuk cucu-cucuNYA!

Pak cik memperjuangkan untuk cucu-cucuNYA!

asap durjana itu mula datang!

asap durjana itu mula datang!

gas pemedih api itu!!hah!saya da serik..

gas pemedih api itu!!hah!saya da serik..

lagi clear kan?

lagi clear kan?

gambar saya setelah dibasuh di kolam itu.Namun,pak cik blkg itu?

Rupa-rupanya,kawasan itu masih lagi tidak selamat,namun sykur kepada ALLAH kerana peluang untuk berjumpa dengan air ‘HIASAN’ pancut tu.Ramai betul mengambil air tersebut untuk dibasuh muka dan ketika itu ramai kedengaran bebudak menangis dan meraung.Tapi,saya nak bagitahu betapa kejamnya ***** kerana mengecilkan kecil air pancutan itu ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan air tersebut.Cuba kita renungkan?

itulah kolam nyer....

itulah kolam nyer....

Saya rasa sampai sini saja cerita saya.
Sila ikuti kisah sambungan cerita yang ekslusif ini yang tiada dalam TV3,TV2,TV1 dan utusan Malaysia.
Antara “point-point” smbungan post ini adalah:
#kisah Tuan Guru Hadi Awang,Salehudin Ayob,dan Nasarudin Mat Isa di sembur gas.
#Bagaimana FRU membuat kecoh di masjid.
#Orang ramai mengepong polis.
#Persatuan Mahasiswa membuat Keranda.
dan banyak lagi….
penat saya nak tulis lagi…
oooo
dan kesimpulan cerita ini,akan kita bincangkan di post seterusnya.
WASALAM.

Comments (7) »

Z=x+Y,So:X=Y

Matematik

Matematik

Salam….
Alamak,,,pe plak “equation” kat atas ni…???
Saya bukan ingin menjadi “ulama” matematik untuk mengilhamkan satu theory baru,
tetapi inilah hakikatnya kehidupan kita yang harus kita pegang,
Saya akan tunjukkan penyelesaian dalam membuktikan theory ini di dalam post ini….
Interested??Jomlah baca……..

Kem PLKN Sentosa Chendriang…….

Satu malam ahad yang hening,,,,,
saya melelapkan mata dek kerna keletihan yang menyelebungi diri ini gara-gara latihan di kem,
Seperti biasa,
saya akan memulakan hari baharu pada waktu lima pagi untuk bersiap ke surau…
Namun….
Pagi itu,”angin”nya tidak sediakala seperti pagi-pagi yang lain….
Saya melihat sekolompok kekawan berkumpul di satu sudut…..
“Mengapa?Pagi-pagi ni pun nak beborak ker?ala….karang-karang boleh boraklah….”
Rupanya..terdapat lima telefon bimbit telah dicuri kerana kecuaian pemilik tersebut…..
Kes ini menjadi kes polis kerana setiap kem khidmat negara,diletakkan seorang anggota polis agar melicinkan segala pentadbiran…huhuhu(licin ker?)….
Setelah di soal siasat oleh setiap ahli panel (hahaha);anggota polis,akhirnya kami dapat mengesan pencuri sebenar yang tamak ( lima sekali dia curi)
Lalu,
kami satu dorm dikumpulkan untuk memberitahu perkembangan kes tersebut….

“Kami telah menjumpai pencuri sebenar dan orang-orang yang bersubahat dengannya.Maka kami akan memberikan hukuman yang sewajarnya untuk memastikan kes ini tidak akan berulang lagi….tapi,hukuman yang diberikan kepada golangan-golongan subahat akan diringankan”…

Lalu saya memikirkan sejenak………..

Itulah pemikiran manusia….
tapi dari sudut islam?

Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan”

Maksudnya:seseorang yang melihat maksiat tetapi benci akan maksiat berkenaan, namun dia tidak dapat lari dari maksiat itu, maka dia diselamatkan Allah seperti mereka yang tidak melakukan maksiat walaupun hadir di dalam majlis tersebut.
Sementara orang yang tidak berada di dalam majlis maksiat, tetapi dia redha dengan majlis maksiat itu, seperti emmberi lessen kepada majlis maksiat atau seumpamanya, maka hukumnya sama dengan orang yang melakukan maksiat.

Oleh sebab itu, menurut kaedah ilmu fekah bahawa sesiapa yang redha dengan kekufuran, maka dia jadi kafir. Begitu juga jika kita redha dengan maksiat, kita turut terlibat dengan maksiat.

Seorang sahabat nabi bernama Abu Sa’id Al-Khudri r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w berkhutbah yang bermaksud “ ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai sehingga dia berkata benar apabila dia mengetahui perkara yang benar.”
Ertinya, jangan ada dikalangan kamu apabila melihat perkara yang sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran, jangan berdiam diri untuk cegah mungkar kerana takut kepada orang ramai.Abu Sa’id yang meriwayatkan hadis ini menangis sambil berkata: Demi Allah !! kami melihat beberapa perkara mungkar lalu kami merasa takut, inilah kelemahan kami.Tidak sebagaimana beberapa orang sahabat, bila melihat perkara tidak betul, mereka menegurnya tidak kira siapa.

Begitu juga di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika bangun berucap dengan dan taatlah aku, lalu bangun seorang tabi’in, Abu Qasim Al-Khula’I yang juga seorang ulama’ yang masih muda,sedangkan Muawiyyah seorang yang sudah tuamenjadi khalifah.Kata Abu Qasim : Wahai Muawiyyah!! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu, ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?Muawiyah tidak tahan lalu lari dari majlis berkenaan, lalu dia dating semula lalu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya marah itu daripada syaitan, untuk memadamkan api, air digunakan justeru sesiapa yang marah hendakalah dia berwudu’, aku telah berwudu’ kerana mendengar Rasulullah s.a.w, sebenarnya apa yang kamu katakana itu adalah benar. Peristiwa itu berlaku dizaman kegemilangan Islam.

Sebagai kesimpulannya….
mesti kamu mendapat penyelesaian dalam teori itu kan?
Renung-renungkanlah…
dan Selamat beramal…..

Comments (3) »