Archive for Uncategorized

Mana silap nyer~

1 Ogos 2009, genap 49 tahun tertubuh AKTA KESELAMANTAN DALAM NEGERI ( INTERNAL SECURITY ACT) di malaysia…
Kerusi Perdana Menteri telah bertukar angin sebanyak empat kali ( dari Tun Abdul Razak sehinggalah Najib Razak); dua generasi iaitu bapa dan anak, namun pelaksaan akta ini masih lagi dipertahankan di kerusi Barisan Nasional.

tun-razak-najib-razak

Rakyat mula memberontak sekeras-kerasnya akta ini kerana melanggar segala hak asasi manusia kerana tiada pembicaraan dalam penahanan sebarang “suspect” dalam apa jua kesalahan ( lebih diutamakan kesalahan yang melibatkan keselamatan negara).

Bayangkan bagaimana keluarga mangsa yang ditempatkan di ISA cukup terseksa kerana akta ini telah menyekat sebarang upahan peguam dalam membicarakan kes ini…
Waktu untuk berjumpa juga saya kira amat terhad..
Bagaimana pulak dengan keluarga si mangsa yang juga dipaksa untuk disoal siasat dan diawasi dalam masa 24 jam…??
Inikah relevan nyer memberikan BAPA DEMOKRASI dalam masa yg sama tiada nyer pelaksaan DEMOKRASI itu,,,,,,

Namun, saya masih lagi tertanya-tanya kenapa kerajaan masih lagi tidak mengambil inisiatif bagi memansuhkan akta ini ATAU meminda mana-mana kepicangan dalam akta ini ATAU meminda akta baru yang lebih bersesuaian dengan GAGASAN 1 MALAYSIA…???

Kini saya telah berjumpa dengan jawapan itu..
Saya kira dua generasi pimpinan ini sudah jauh terpesong dalam perlaksanaan akta ini.
Jika kita imbas segala buku sejarah MALAYSIA, apakah sebenarnya objektif penubuhan akta ini??
Namun..anak beliau masih menggunakan akta yg sama untuk objektif yg berbeza…: matlamat politik??

MANA SILAP NYER ISA~~ Objektif penubuhan sudah berubah dari masa ke masa~~~~~??
ada relevan?
anda jawab….

Leave a comment »

Kaki saya masih tidah cecah lagi r!!!!!

Cerita bermula apabila seorang pelajar ini dipanggil masuk bilik guru besar dengan hati berdebar-debar..Sejurus selepas pintu bilik ditutp oleh pelajar itu, “facial expression” terus berubah…

Pelajar itu agak kebengongan dengan perubahan itu..

” Kamu tahu kenapa kamu dipanggil masuk ke dalam bilik saya?” tanya guru besar itu dengan agak kecewa nadanya selepas melihat respon pelajar itu yg agak “lost”

Pelajar itu tahu bahawa dia dipanggil kerana keptusan Peperiksaan Percubaan SPM nya agak kurang memberangsangkan. Dan dia akur bahwa dia akan diberi ” leteran” daripada guru itu pada waktu itu juga.

” Kamu tidak belajar ker?” Guru itu memulakan leteran dengan persoalan yang perlu dijawab oleh pelajar itu..

Pelajar itu hanya bisu dengan menandakan seribu satu jawapan dimindanya.

” Saya rasa, sekolah ini sudah membuat pilihan yang betul dalam memilih pelajar yang ” outstanding” dalam peperiksaan percubaan PMR, dan PMR itu sendiri.Kamu kena buktikan kepada kami bahwa kami sebgai jemaah yang membuat keputusan itu adalah betul, Wahai Irfan!!!. Saya rasa kamu sudah cukup latihan dan tunjuk ajar oleh guru-guru kamu. Apa lagi kamu nak? Di asrama, kami sudah sediakan duit saku dan lap top. Adakah ia masih tidak membantu?”

Leteran itu berpanjangan sehingga guru besar itu bangun dan berkata ” saya nak gi tandas. Kamu dilepaskan buat masa ini. Buat persediaan yang rapi untuk SPM. by hook by crook, saya nak tgk kamu dapat STRAIGHT A’S; melepasi requirement untuk dapat sijil berhenti sekolah..Saya sudah tidak tahan lagi ini”

Pelajar itu melangkah keluar bilik seperti terkena tamparan hebat dalam hidupnya kerana seperti langsung tidak mengulang kaji…….

* CERITA ini adalah rekaan semata-mata yang di apdatasikan bagaimana situasi sekarang…….

Pertemuan dengan MARA, adalah stu benda yang saya kira tidak relevan kerana selalu membandingkan dengan keptusan SPM saya. Saya rasa SPM adalah satu benda yang patut ditinggalkan jauh tanpa menoleh ke belakang. JANGAN PANDANG BELAKANG. mmg tidak dinafikan bahwa semuanya telah disediakn oleh MARA, namun adakah semua benda itu menjanjikan kejayaan yang diminta?

ANda jawab sendiri…..BTW, doakan saya dalam peperiksaan sekali lagi dengan memperrgandakan USAHA 0.03xxxxx
hahhahhah
wasalam
student

Comments (1) »

POTRET mereka di mindaku~

Aku seorang penganggur kini. Ku tiada kerja selama tiga minggu ini. Hanya perasan berdebar menemani aku dalam menanti seorang posmen menyampaikan “risalah” dari “Janice” ku. Namun, risalah itu aku kurang pasti berbaur harum mahupun busuk bak berbau taik ayam. Tapi, jauh disudut hati untuk aku bau haruman itu.

Semester kedua telah dimakan cuti, sudah bergelar memori, kini menjadi stori……

Sepanjang berada di lautan ini, kapal semester kedua ini cukup indah untuk aku tatapi sepanjang hidup ini. Pada mulanya dalam petukaran kapal pertama ke kedua, agak berdebar sekali dengan peristiwa “ending” yang cukup mengecewakan semua pihak..

Kapal kedua ini telah aku harungi untuk bertukar dengan nahkoda yang berbeza, kalasi yang berbeza dan layar yang berbeza di atas kapal ketiga. Harapan ku supaya kapal ini lebih baik dari pelbagai sudut. Agar tiada panggilan “privacy” oleh si dirctor,dan tanda tangan yang cukup memberiku pengajaran…

Alahai, bila nak masuk isi ni…ok2222…Sebenarnya, ku nukilkan post ini khas untuk semua teman sekeliling ku ini dalam menempuh alam baru. Peralihan dari kapal kedua menyaksikan bagaimana tiada teman2 suka duka dalam mengharungi lautan ADP ke kapal ketiga

Ku nukilkan nama2 mereka di sini:

Khairil Azizan, Rahmah Fauzi, Amalina Abdullah dan Sarah Ezanee ( Kak sara). Ku ingin memohon sepuluh jari ini untuk memohon segala keampunan daripada mereka jika ada lidah yang terkasar, perbuatan ku yang menghiris kalbu serta tindak tanduk yang tidak menyenangi dalam perjuangan ini..

Semoga kita masih lagi berhubung walau dimana jua…

*sowi; post lambat;
* kalo ada next sem, sori sesagt yer..( kita merancang ALLAH yang menentukan)

theatre 2009

Leave a comment »

Selamat bertemu kembali~

Setelah 13 minggu menjejaki di era semester kedua, saya kini sedar bahawa seminggu lagi segala persoalan yang timbul pada garisan permulaan semester akan terjawab BERSAMA…..

Saya tidak ingin sesuatu yang dakianNYA kearah puncak, namun segala jalan dakiannya hanya tinggalakn kesan yang cukup negatif,,,

Bagi saya, apalah salahnya jika saya tidak begitu memuncak dengan hasilnya, namun segala jalan ke arah itu memberikan saya kepuasan yang cukup mendalam dan kepada orang lain…

Dalam merealisasikan segala yang diungkap dan diidam, saya harus lebih optimistik dengan jalan tersebut agar menjadi hoilistik.

Segala tohmahan yang dihantar sebenarnya bukan kepada Muhammad Irfan Abdul Rahman, saya kenal dia sangat,,,…

Kembalikan irfan itu…

Kembalikan zaman kegemilangan itu…

Zaman kemuncak segala-galanya…

Namun, mustahil bagi saya dalam mengembalikan masa silam….

Tapi kan…saya boleh mencipta lebih dari itu……

Lebih…
Lebih…
Lebih…

Dan bermakna dalam hidup ini…
Tunggulah bersama…

KITA BERTEMU KEMBALI-FINAL EXAM/WINTER 2009

Leave a comment »

Kerusi Parlimen buat Nizar!

Era Nizar~

Era Nizar~

Salam semua peNguNdi BuKIT gANTANG….

saya Ingin kATAKAN BAHAWA majoriti kamu semua membuat keputusan cemerlang dalam memilih wakil kamu ke Parlimen….

Nizar jaMaluddin….Keep it Up…….

Comments (1) »

Pemimpin Silih Berganti~

MALAYSIA/

Dalam tinta saya kali ini,
Terselit satu perasaan jauh dilubuk hati ini….
Untuk saya ucapkan sekalung perhargaan Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-6,
Setelah zaman Tun Abdul Rahman kita hayati,
Tun Abdul Razak bangkit dengan semangat pendidikannya,
Lalu,Tun Hussein Onn dengan gelaran Bapa Perpaduan menjadi sejarah,
Dengan tingglan Tun Hussein Onn,lahirlah seorang bernama Tun Mahathir,
Tun Abdullah mengambil alih seiring dengan pengenalan Islam Hadhari,

kkkkkinnnnnnnnnniiiiiiiiiiiiiiiii,
KONSEP SATU MALAYSIA MENJADI IGAUAN SELURUH MALAYSIA APABILA DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK MENJADI PEMIMPIN MALAYSIA KE-6!
syabas diucapkan kepada beliau~

PEMIMPIN SILIH BERGANTI,MERDEKA TERUS DIKECAPI

(saya taip selama 1 minit 35 saat,)
salam,,,,,,,

Leave a comment »

Ku kelu~

Bagaimana saya ingin memulakan ungkapan tinta kali ini pun saya masih samar denganya…
Namun, hati ini menjadi driver dalam saya terus menaip di komputer ini….

Pejam x pejam, 2 minggu saje lagi bahawa semester kedua akan melabuhkan tirainya…
Nak ker x nak, terpaksa juga membuat final paper sebagai ending nya….

Bukan masalah final sahaja di dalam kotak minda ini…
lebih dari itu,yang kini menjadi habuk yang cukup menyusutkan segalanya…

Apalah saya ini, cukup rapuh dalam menangani masalah cinta dunia ini…
Rapuh tidak rapuh? Bkn lagi satu elemen penting tapi kesetiaan itu…

SAYA mula hilang arah tujuan apabila titik tolak perubahan terjadi..
Mungkin saya masih tidak lagi biasa dengan titik itu….

Alah….saya kena juga belajar mempertahankan segala hak saya…
Saya harus berdikari dalam segalanya…

Kesan ubat cinta nya mula saya lihat pada seketika tadi…
Saya menjadi ilang arah dalam kelas pabila kertas itu menjadi pandangan saya…

Ditambah pula dengan masalah yang melangkapkan segala kitaran hidup….
Arghhhh….saya kena juga belajar bermain strategi itu…

Saya tidak ingin membuka kisah silam dek kerna dia….
Mungkin apabila di kala dunia ini di penghujung…….

Tapi…hidup ini selalu ada pelengkapnya….
ada segala penawarnya apabila ada duka……

Biarpun…saya tiada dia….di kala saya sedih…
tapi keluarga dan sahabat masih menjadi teman di bab sedih…

Masalah yang datang mungkin untuk mematangkan saya…
jadi,inilah salauran dalam saya belajar……

salam
(post 2 minit sebelum azan isya’ 3april 2009,after test 2 ACCT 202)

Comments (3) »