Archive for Uncategorized

POTRET mereka di mindaku~

Aku seorang penganggur kini. Ku tiada kerja selama tiga minggu ini. Hanya perasan berdebar menemani aku dalam menanti seorang posmen menyampaikan “risalah” dari “Janice” ku. Namun, risalah itu aku kurang pasti berbaur harum mahupun busuk bak berbau taik ayam. Tapi, jauh disudut hati untuk aku bau haruman itu.

Semester kedua telah dimakan cuti, sudah bergelar memori, kini menjadi stori……

Sepanjang berada di lautan ini, kapal semester kedua ini cukup indah untuk aku tatapi sepanjang hidup ini. Pada mulanya dalam petukaran kapal pertama ke kedua, agak berdebar sekali dengan peristiwa “ending” yang cukup mengecewakan semua pihak..

Kapal kedua ini telah aku harungi untuk bertukar dengan nahkoda yang berbeza, kalasi yang berbeza dan layar yang berbeza di atas kapal ketiga. Harapan ku supaya kapal ini lebih baik dari pelbagai sudut. Agar tiada panggilan “privacy” oleh si dirctor,dan tanda tangan yang cukup memberiku pengajaran…

Alahai, bila nak masuk isi ni…ok2222…Sebenarnya, ku nukilkan post ini khas untuk semua teman sekeliling ku ini dalam menempuh alam baru. Peralihan dari kapal kedua menyaksikan bagaimana tiada teman2 suka duka dalam mengharungi lautan ADP ke kapal ketiga

Ku nukilkan nama2 mereka di sini:

Khairil Azizan, Rahmah Fauzi, Amalina Abdullah dan Sarah Ezanee ( Kak sara). Ku ingin memohon sepuluh jari ini untuk memohon segala keampunan daripada mereka jika ada lidah yang terkasar, perbuatan ku yang menghiris kalbu serta tindak tanduk yang tidak menyenangi dalam perjuangan ini..

Semoga kita masih lagi berhubung walau dimana jua…

*sowi; post lambat;
* kalo ada next sem, sori sesagt yer..( kita merancang ALLAH yang menentukan)

theatre 2009

Leave a comment »

Selamat bertemu kembali~

Setelah 13 minggu menjejaki di era semester kedua, saya kini sedar bahawa seminggu lagi segala persoalan yang timbul pada garisan permulaan semester akan terjawab BERSAMA…..

Saya tidak ingin sesuatu yang dakianNYA kearah puncak, namun segala jalan dakiannya hanya tinggalakn kesan yang cukup negatif,,,

Bagi saya, apalah salahnya jika saya tidak begitu memuncak dengan hasilnya, namun segala jalan ke arah itu memberikan saya kepuasan yang cukup mendalam dan kepada orang lain…

Dalam merealisasikan segala yang diungkap dan diidam, saya harus lebih optimistik dengan jalan tersebut agar menjadi hoilistik.

Segala tohmahan yang dihantar sebenarnya bukan kepada Muhammad Irfan Abdul Rahman, saya kenal dia sangat,,,…

Kembalikan irfan itu…

Kembalikan zaman kegemilangan itu…

Zaman kemuncak segala-galanya…

Namun, mustahil bagi saya dalam mengembalikan masa silam….

Tapi kan…saya boleh mencipta lebih dari itu……

Lebih…
Lebih…
Lebih…

Dan bermakna dalam hidup ini…
Tunggulah bersama…

KITA BERTEMU KEMBALI-FINAL EXAM/WINTER 2009

Leave a comment »